Pembahagian pentadbiran Senarai_bendera_Malaysia

Negeri-negeri di Malaysia

BenderaTarikh (abad)KegunaanPerihal
sejak 1870Bendera negeri Perlis.Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat.

Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda.

sejak 1912Bendera negeri Kedah.Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun.

Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

sejak 1957Bendera negeri Pulau Pinang.Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
sejak 1879Bendera negeri Perak.Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam.

Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

sejak 1923Bendera negeri Kelantan.Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini termasuk rakyat dan Raja yang memerintah. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.
sejak 1947Bendera negeri Terengganu.Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
sejak 1903Bendera negeri Pahang.Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah.

Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

sejak 1965Bendera negeri Selangor.Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.
sejak 1895Bendera negeri Negeri Sembilan.Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.
sejak 1961Bendera negeri Melaka.Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.
sejak 1871Bendera negeri Johor.Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.

Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

1988 onBendera negeri Sarawak.Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.

Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

1988 onBendera negeri Sabah.Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu, berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

Wilayah Persekutuan

Bendera rasmi bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan di Malaysia telah diperakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia pada 20 Ogos 2006. Bendera ini digunakan dan dikibarkan di banyak majlis rasmi yang diadakan di Wilayah Persekutuan misalnya ketiga hari sukan negara, pembarisan kontinjen dan Hari Wilayah Persekutuan.[1]

BenderaTarikh (abad)KegunaanPerihal
sejak 2006Bendera Wilayah Persekutuantiga garisan melintang berwarna kuning (atas), biru dan merah, serta jata negara Malaysia di tengah. Terdapat 3 bintang kuning pecah 14 dibawah jata melambangkan tiga Wilayah Persekutuan dalam Malaysia.
sejak 1990Bendera Kuala Lumpurjalur biru lebar melintang ditengah, diapit 6 jalur merah putih, masing-masing di bawah dan di atas. Bulan sabit dan bintang pecah 14 berwarna kuning di medan jalur biru.
sejak 1984Bendera Labuantiga jalur melintang berwarna merah, putih dan biru serta bulan sabit dan bintang pecah 14 berwarna kuning dalam jalur putih.
sejak 2001Bendera Putrajayatiga kotak warna, 2 daripadanya berwarna biru mengapit kotak kuning ditengah. Jata negara berada di tengah kotak kuning.